Pengenalan
PTCM telah di tubuhkan semenjak tahun 1988 di bawah Akta Syarikat sebagai Badan Korporat dan Lembaga Amanah Pasukan Tindakan Cemas Malaysia (LAPTCM) didaftar dan diletakkan hak dibawah Akta 258 Pemerbadanan Pemegang Amanah 1952 (Semakan 1981) (Pindaan 2004) pada 21 Januari 1998 dibawah pengawasan Jabatan Perdana Menteri (7) dlm. BHEUU (5) 002 / 2 /229 (LAPTCM).
Satu permohonan pembatalan Lembaga Amanah PTCM ini telah dibuat oleh Ketua Turus Utama PTCM atas sebab-sebab tertentu pada tahun 1998 tetapi disebabkan ada kes di mahkamah pada ketika itu maka ianya ditangguhkan. Perintah pembatalan sijil pemerbadanan di bawah perenggan 17 (1)(d) akta pemegang amanah (pemerbadanan) 1952 (akta 258), Menteri telah membatalkan Sijil Pemerbadanan Lembaga Amanah Pasukan Tindakan Cemas Malaysia yang diperbadankan pada 21Januari1998 berkuat kuasa mulai 4 Januari 2010 yang ditandatangani oleh Dato` Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Sebelum dibatalkan Lembaga Amanah PTCM telah memohon kepada jemaah menteri untuk penjenamaan semula PTCM sebagai entity berkanun di bawah satu akta parlimen yang mana rang undang-undang telah disediakan untuk tindakan jemaah menteri. Bermula pada bulan Jun 2011 Penjenamaan Semula PTCM telah dilancarkan di Kompleks Belia Antarabangsa Cheras oleh Prof Dato' Dr (Munsyi) Muslim bin Yaacob selaku Ketua Turus Utama dan juga pengasas PTCM. Pasukan Tindakan Cemas Malaysia (PTCM) atau Emergency Action Force of Malaysia (EAFM) diperbadankan atas dasar khidmat sosial semata-mata dan bukan sebuah badan perniagaan atau badan yang mementingkan keuntungan. Pasukan Tindakan Cemas Malaysia (PTCM) merupakan sebuah badan penggerak sukarela dan agensi pemantau yang mempunyai keanggotaan lebih kurang seramai 8,000 orang seluruh negara. Mereka sentiasa bersedia untuk digerakkan bagi membantu agensi kerajaan, masyarakat dan orang ramai selain dari menjalin kerjasama dengan lain-lain badan atau pertubuhan dalam usaha merealisasikan hasrat Kerajaan Malaysia.