PASUKAN TINDAKAN CEMAS MALAYSIA
EMERGENCY ACTION FORCE OF MALAYSIA

2021 05 17 Amaran Keras Ketua Turus Utama PTCM Terhadap Penceroboh Media Tak Beretika


Saya perintahkan orang buat lambang FAKE ini segera keluarkan poster ini kerana kamu melanggar Akta komunikasi Dan Multi Media dan juga menyamar sebagai anggota Tentera. Penipu ini mesti diheret ke Mahkamah dia nak tunjuk hero konon. Kalau Kau orang susah tak Ada duit nak bayar ganti rugi RM100 JUTA Kita jangan berani menghasut orang.

Mana punya musibat Yang berani mencaci saya dan PTCM memang sial nasib orang ini. Kenapa berani sangat dia menggunakan Surat pekeliling resmi saya kepada anggota PTCM Dan bukan untuk public Yang berada Dalam website PTCM dia akses Dan curi keluar dan disebabkan kepada umum kononnya kenyataan saya itu palsu. Bolehkah maklumat Dari sumber resmi PTCM ditudoh palsu atas apa alasan Yang kamu ingat kukuh. Sungguh kurang ajar kamu ini ibarat Setan Yang kuat cemburu.

Kamu tahu tak siapa saya? Apa kedudukan data Dalam masyarakat. Saya hanya menjalankan tugas Dan kuasa saya dibawah Perlembagaan untuk mempelawa anggota saya seramai 100 untuk menyertai program kemanusiaan bagi membantu secara sukarela menjaga keselamatan orang awam Di Gaza, Palastine dengan bantuan makanan, ubatan Dan kawalan Di khemah Perlindingan Tanpa senjata. Kamu mempertikaikan lambang UN Ecosoc sebab PTCM adalah badan sukarela Antarabangsa dibawah naungannya. Kenapa kamu dengki. Semua badan antarabangsa adalah Di bawah Majlis Ecosoc sebab is berkaitan dengan ekonomi Dan hal sosial masyarakat dunia. Kalau kamu tak faham dan tak tahu jangan berani buat tuduhan. Saya telah mengarahkan Peguam Jenayah saya mengambil Tindakan sivil Dan jenayah terhadap kamu kerana memfitnah, provokasi Dan mengelirukan orang ramai sedangkan tiada hak disisi undang undang melakukan nya. Kenyataan fitnah kamu adalah Libelous Dan Libel Per se.

Kamu juga mencaci saya tentang kes JPJ dengan rakyat Pakistan Yang juga pegawai kehormat (Madya) satu Anugerah bagi mereka Yang mewakili negaranya menjadi Ketua dinegara masing masing. Itu kes dia dengan JPJ kerana JPJ Salah faham. JPJ ingat dia menyamar. Tapi kes ini sudah ditutup bila saya dan Timbalan Menteri Pengangkutan 4 tahun lalu menyelesaikan nya. Bukan Ada masaalah besar. JPJ silap faham sebab lambang PTCM mirip JPJ.


Lambang JPJ Baru Dan tidak didaftarkan. Lambang PTCM sudah ujud 31 tahun lalu Dan digazet dalam Warta Kerajaan. Jadi Ada masaalahnya kamu berbuat jahat untuk merosakkan Nama baik PTCM. Satu laporan Polis akan dibuat terhadap kamu kerana kesalahan mencuri mall mat, memfitnah Dan melakukan pakat jahat jenayah bagi maksud untuk menarik perhatian Umum bagi menjatuhkan Kewibawaan saya. Saya akan jumpa kamu Di Mahkamah Dan tidak sesekali memaafkan kamu walau siapa pun kamu. Tugas saya kepada masyarakat adalah besar.


Drp: Tan Sri Prof Dr Munsyi Muslim Yacob,

Ombudsman Bebas Malaysia,

Peguam Besar

Korporat merangkap Presiden,

Mahkamah Timbangtara Malaysia.