Selamat datang ke portal rasmi PTCM

  • slide
  • slide
  • slide
  • slide

Pasukan Tindakan Cemas Malaysia atau ringkasnya PTCM adalah sebuah badan amanah yang pada mulanya ditubuhkan dibawah penyeliaan Pertubuhan Bantuan Rakyat Wilayah Persekutuan (Citizen’s Aid Organization) sejak tahun 1988 atas suatu cadangan yang dikemukakan oleh Pertubuhan tersebut kepada Ketua Polis Negara di Bukit Aman ketika itu. Pertubuhan tersebut adalah sebuah badan pelindung hak asasi rakyat ketika itu.

Atas sokongan dan kerjasama Polis Diraja Malaysia, maka pihak Polis dari Bukit Aman yang dibantu oleh DSP Redzuan Asli telah menghantar dua orang pegawai kanan Polis untuk memberi ceramah kepolisan mayarakat kepada pegawai-pegawai dan anggota PTCM yang diadakan seminggu sekali setiap hari sabtu jam 2.30 petang selama tiga bulan dan disusuli dengan latihan gerakan khas dibidang kawad dan pertolongan cemas dan memadam kebakaran di Ibu Pejabat Pertahanan Awam, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur selama satu tahun sebelum PTCM menjalankan sendiri aktivitinya dalam pelbagai bidang kecemasan.

Dalam istilah inggeris PTCM ini dikenali sebagai Emergency Action Force of Malaysia yang mana selepas 10 tahun PTCM telah diperbadankan sebagai suatu entity perundangan dan dikenali sebagai Lembaga Amanah Pasukan Tindakan Cemas Malaysia. Perkatan ‘Cemas’ disini bermaksud kecemasan yang disingkatkan. Ia bukan bermaksud pertolongan cemas tetapi lebih dari itu.

#

PTCM - Markas Utama Kebangsaan